Kenali Saya

Saya Zainorden B Tamat. Berasal dari selatan tanah air iaitu Johor. Memulakan alam persekolahan di Muar, iaitu di kampong kelahiran saya. Namun semasa saya dalam tahun 3, keluarga saya telah berpindah ke Simpang Renggam sehingga kini.
Pernah belajar di Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak tetapi bukan kerana mengikuti orang tua bertugas. Memang dah mendapat tawaran belajar kat sana. Orang tua masih tinggal di kampong sebagai seorang petani. Kini, saya telah berkeluarga dan menetap di Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai dunia perniagaan, memang sejak kecil saya telah menunjukkan minat dalam dunia perniagaan. Semasa di sekolah saya pernah menjual kuih-muih dan buah-buahan yang emak bawakan dari rumah. Malah saya pernah juga menjual alat-alat tulis yang saya beli secara pukal, kemudian saya jual pada teman-teman rapat saya dalam kuantiti yang kecil. Itu cerita pada awal tahun 80an.
Apabila meningkat dewasa, saya terpengaruh dengan perniagaan jualan langsung, MLM, insurans, pelaburan dan berbagai-bagai cara buat duit yang lain. Tetapi entahlah, saya rasakan semua bentuk perniagaan seperti itu tidak berapa sesuai dengan jiwa saya. Bukan bermaksud saya menutup terus pintu hati ini untuk menyertai perniagaan seumpama itu. Tetapi lama kelamaan saya dah tahu manakah perniagaan yang sesuai dengan jiwa saya.
Kini, saya mempunyai pekerjaan tetap sebagai penjawat awam. Namun, saya juga adalah seorang Usahawan Internet. Perniagaan internet, saya lakukan sepenuh masa selepas waktu bekerja. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips Mencipta Kemahiran Diri, Kekeluargaan, Perniagaan Internet, Pengurusan Kewangan, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pandangan peribadi mengenai topik tertentu.
Buat masa ini saya banyak melibatkan diri dengan pasaran tempatan. Antara laman web milik saya adalah www.BelajarCpanel.KuasaCyber.com, www.BinaAutoresponder.com, www.KuasaCyber.com, www.KuasaCyber.com/blog, www.KuasaCyber.com/duit-youtube, dan www.KuasaCyber.com/binablog.







Komen Terkini