Semua pasangan yang telah berumahtangga pasti menginginkan mahligai yang dibina akan berseri, dihiasi dengan bunga-bunga bahagia yang mekar mewangi. Mungkin post kali ini dapat memberikan ilham kepada anda dalam melayari bahtera rumahtangga seperti yang anda idamkan. Mari ikuti petua yang disarankan oleh Ustaz Asmungi Sidek adalah seperti berikut:
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
7- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia
8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka
9- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
10- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


Categories:
Tags:





Komen Terkini