Masalah pengangguran khususnya di kalangan para graduan sentiasa menjadi topik perbincangan yang hangat diperkatakan di mana-mana sejak sekian lama. Samada di warong dan kedai kopi, bahkan sentiasa mendapat perhatian serta lontaran isu-isu hangat di Parlimen.
Buktinya media cetak dan akhbar tempatan telah menjadikan isu pengangguran di kalangan graduan ini antara tajuk penting di dada-dada akhbar mereka sejak sekian lama. Namun, di celah-celah kekusutan dan kebuntuan Pihak Berwajib dalam mencari jalan penyelesaian, masih ada segelintir graduan yang mampu berdiri sebaris dengan individu cemerlang.
Mereka bukan sahaja mempunyai kerjaya yang hebat dengan pendapatan lumayan, malah menjadi usahawan yang sangat cemerlang, memiliki kebebasan kewangan dan sentiasa peka dengan ruang serta peluang untuk menjadi insan terbilang.
Soalannya…mengapa begitu? Adakah graduan kita tak cukup hebat? Adakah graduan kita tak berdaya saing? Sebenarnya…tidak ramai graduan kita yang boleh “memandu” sendiri kenderaan menuju matlamat hidup mereka. Sebahagian besarnya perlukan panduan dan tunjuk arah yang jelas dan berkesan. Maka sebab itulah, saya mengesyorkan agar anda memiliki sebuah buku bertajuk “Rahsia Menjadi Lepasan Graduan Berjaya” tulisan Natra Abd Hamid.
Buku ini memaparkan panduan dan rahsia untuk para graduan atau individu memulakan kerjaya atau perniagaan mereka. Setiap bab menerangkan secara terperinci mengenai aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan untuk lepasan graduan membina kerjaya pertama.
Antara topik yang menarik adalah:
• Ciri-ciri Graduan Berjaya
• Mengapa Perlu Mempunyai Kerjaya dan Berjaya
• Panduan Memohon Kerja Kerajaan
• Pilihan Pekerjaan Jika Memilih Bekerja Sendiri
• Bimbingan Temuduga Lengkap
• Panduan Membina Perniagaan
• Bagaimana Graduan Boleh Mendapatkan Modal Perniagaan Panduan Menguruskan Kewangan Dengan Bijak
• Dan Banyak Lagi…..
Kini anda boleh dapatkan buku ini dengan harga yang lebih menarik hanya di internet. Istimewanya, penulis telah menggunakan khidmat saya dalam mereka bentuk dan menerbitkan laman web beliau melalui platform KuasaCyber.com
Anda boleh dapatkannya DI SINI.


Categories:





Komen Terkini