Bagaimana mengetahui anda sedang dilamun cinta

anda-dilamun-cintaHidup ini terlalu unik. Soal perhubungan sesama insan kadang-kadang amat sukar dimengertikan. Saya sendiri mempunyai beberapa orang kenalan yang pada peringkat awalnya tidak tahu yang mereka sedang dilamun cinta. Apa tidaknya, dalam keadaan tertentu, perasaan itu timbul di antara pasangan yang jika difikirkan secara umumnya tidak mungkin akan bersatu di atas pelamin.

Tapi, cinta itu amat universal sifatnya. Anda tentu pernah dengar percintaan antara kakak dengan adik angkatnya, bos wanita dengan anak buahnya sendiri atau jejaka muda dengan janda beranak 5, namun mereka bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Mereka dah lepas. Bagaimana dengan anda? Mari kita tinjau apakah perasaan atau tanda-tanda awal yang menunjukkan anda sedang dilamun cinta.

Pertama: Anda mempunyai ramai kawan di sekeliling anda namun dalam ramai-ramai tu anda hanya teringatkan Sidia seorang saja. Apa yang sedang dia buat sekarang? Sihatkah dia? Sudah makan ke belum? Agak-agaknya Sidia sedang teringatkan anda ke tidak?

Kedua: Anda menjadi resah gelisah jika tidak dapat mendengar suaranya. Hidup rasa hambar dan tiada selera langsung. Tetapi jika terdengar sahaja suaranya, anda serta-merta menjadi cergas dan bertenaga. Hari anda menjadi ceria seperti bunga-bungaan yang sedang mekar di taman.

Ketiga: Rasa cemburu dibuatnya jika Sidia tiba-tiba menceritakan kejelitaan wanita / kekacakan jejaka yang dia temui. Kadang-kadang anda rasa berkecil hati andai Sidia asyik bercerita tentang kehebatan orang lain, apatah lagi jika orang itu lebih hebat daripada anda.

Keempat: Katakan anda jarang-jarang dapat bertemu dengan Sidia. Sekali anda dapat jumpa dia, pasti anda rasakan dunia ini milik anda. Bila pulang ke rumah tiada wajah lain yang melekat di mata anda selain wajah Sidia..namun anda pun hairan kenapa mesti begitu perasaan anda terhadap dia..

Kelima: Kad ucapan, surat, tiket bas, benda-benda kecil pemberiannya, kalau orang lain sudah kena buang dah. Tapi anda sanggup simpan sampai penuh almari rumah anda hahaha..!! Agaknya kalau ada lipas atau tikus gigit salah satu barang pemberian darinya tu, mesti mati hamba Allah tu anda kerjakan.

Keenam: Anda jadi percaya padanya. Sidia menjadi tempat anda meluahkan masalah dan berkongsi cerita. Dalam masa yang sama pula anda suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kadang ceritanya membosankan. Namun anda setia di sisinya..cewah!!

Ketujuh: Bila parents anda sebut soal jodoh saja, anda cakap belum ada calon yang sesuai tapi yang peliknya, anda asyik terbayangkan saat-saat anda duduk bersanding di atas pelamin dengan Sidia.!!

Anda rasakan bahawa semua perasaan di atas hanyalah sekelumit perasaan anda padanya. Namun anda sendiri sukar untuk mentafsirkan perasaan apakah itu. Hendak katakan kawan, kenapa dengan kawan lain anda tiada perasaan yang begitu hebat macam ni. Jika ruang-ruang kosong dalam hidup anda hanya terisi oleh wajahnya…percayalah bahawa anda sudah dilamun cinta pada Sidia.

Jadi, bertindaklah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply