Sebagai umat Islam kita tahu bahawa segala apa yang kita makan, setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan kita
perlu dipastikan halal haramnya. Ini kerana makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar pada diri seseorang yang memakannya.
Makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan tubuh badan yang sihat. Manakala makanan yang haram, kotor dan tidak pasti puncanya akan membentuk jiwa yang keji, keras hati, luntur iman dan lumpuh jiwa.
Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri seminar Perkongsian Bijak Cemerlang yang dianjurkan oleh HPA Industries Sdn Bhd. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan produk herba, penjagaan kesihatan, produk makanan halal, peluang perniagaan dan keusahawanan kepada ahli/bakal ahli, namun yang lebih menarik sekali ia menerapkan nilai-nilai murni seorang muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Peserta diingatkan bahawa perjuangan mencari dan menggunakan produk halal bagi umat Islam itu merupakan fardhu kifayah.
Memang kalau nak dikira terlalu banyak produk-produk makanan halal di negara kita ni. Nak tau senang je, kita boleh tengok logo atau tanda Halal yang dikeluarkan oleh badan-badan yang bertauliah seperti JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri. Tetapi apakah masalahnya?
Masalahnya kita sering keliru jika syarikat pengeluar produk makanan bangsa asing yang tidak bertanggungjawab memalsukan logo tanda Halal dan meletakkannya pada pembungkus makanan mereka. Begitu juga kini sangat berleluasa penipuan syarikat bukan Muslim dengan menggunakan nama produk yang berunsur islamik / arabik.
Perkara ini banyak tulis atau dibincangkan dalam forum-forum kita seperti di bawah ini:
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/
http://jymherb.blogspot.com/2009/01/
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/
http://forum.kolejshahputra.edu.my/
http://www.bicarajutawan.com/forum/
Bila berlaku perkara seperti ini, ada pula yang berkata bahawa tanda atau logo Halal yang terdapat di pasaran itu bukanlah satu jaminan bahawa produk itu halal. Oleh itu, adalah lebih selamat jika tidak menggunakannya atau dipastikan terlebih dahulu dengan yakin agar kita terhindar dari perkara yang syubhah atau yang samar-samar demi memelihara kesucian agama, sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram.
Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan, ketahuilah ia adalah hati.”
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).
Namun timbul lagi persoalan, apakah yang telah kita lakukan bagi menjamin umat Islam mendapat bekalan makanan halal yang Thoyyibaah iaitu lazat, enak, bersih dan meyakinkan?

Seperti dinyatakan oleh salah seorang forumer bahawa peluang pasaran makanan halal dunia bernilai 9 bilion setahun. Jika kita menguasai 1% daripadanya pun sudah dikira cukup baik. Bagaimana pula dengan perniagaan makanan halal di negara kita? Dinyatakan bahawa 95% adalah dipegang oleh bangsa asing.
Pada pandangan saya, ada beberapa kaedah untuk perjuangkan produk makanan halal iaitu:
- Menjadi pengeluar produk makanan halal
- Menyokong dan bersama-sama memasarkan produk halal yang HANYA dikeluarkan oleh orang muslim
- Tukarkan produk yang kita gunakan di rumah dengan produk halal yang kita pasti pengeluarnya adalah daripada syarikat orang Islam
Kini kita tidak seharusnya risau kerana kita boleh memperolehi produk yang sememangnya dikeluarkan orang Islam. Anda boleh menggunakan produk HPA kerana ia adalah salah sebuah syarikat pengeluar produk halal terbesar negara yang dimiliki oleh orang Islam. Sila klik banner di bawah:
Di samping itu anda juga boleh menjadi usahawan dan membina kerjaya di sini. Nak jadi ahli hanya RM30 seumur hidup. Boleh juga hubungi saya dengan meninggalkan komen di bawah.



Categories:
Tags:





Saya sangat bersetuju dengan en.din…. Kita di Malaysia seharusnya lebih bersyukur kerana mudah untuk mendapatkan produk yang halal berbanding negara lain dikuasai pemimpin bukan Islam….Namun dalam kemewahan dan kemudahan ini, jgn lah kita sebagai Umat Islam leka dan mengambil sambil lewa tentang makanan yang kita makan seharian kerana ia akan menjadi darah daging dan membentuk kehidupan kita…
terima kasih tina. memang lain perasaan kita bila mkn mknan yang kita yakin dihasilkan oleh orang islam sendiri.
sekurang-kurangnya ekonomi tu mengalir dalam lingkungan kita..kan