Ramai orang bercerita tentang kejayaan mereka dalam perniagaan internet. Bagi yang telah lama menceburkan diri dalam bidang ini tentu sudah berjaya menampakkan hasilnya. Pendapatan 5 angka adalah dianggap berbaloi kerana perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan hanya perlu membahagikan masa duduk di hadapan laptop menguruskan jual beli melalui internet setiap hari.
Saya yang masih baru dalam bidang ini pun sudah merasa pendapatan melalui internet ni. Namun ilmu perniagaan internet ini amat luas. Kalau kita bersedia nak belajar, fokus dan istiqomah, kita pasti akan mampu mendapat hasilnya.
Semalam seorang kawan lama saya call beritahu yang dia nak turun Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus perniagaan internet yang dikelolakan oleh saudara Helmy Zin. Saya merasa sungguh teruja kerana bertambah seorang lagi kawan yang ingin sama-sama mengharungi dunia perniagaan internet ini. Kebetulan saya pun tengah free. Saya bawa sekali Husin dan Baha. Kami berempat menuju ke Hotel Eastin di Damansara. Apa yang kami dapat?
Saudara Helmy Zin memang arif dalam bidangnya. Walaupun masih bekerja sebagai jurutera eurospace di syarikat penerbangan, namun beliau tidak mahu melepaskan peluang menjadi ceo bagi 9 syarikatnya sendiri. Semua perniagaannya menggunakan aplikasi internet.
Dengan dibantu oleh rakannya saudara Wan Zaki dan seorang rakan lagi, saudara Helmy Zin menyampaikan ceramahnya dengan sungguh santai dan menyeronokkan. Ada persembahan magic pulak tu. Kami diajar bagaimana membuat laman web secara yang paling mudah hingga bentuk perniagaan internet yang beliau usahakan selama ini.
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya saudara Helmy Zin mengusahakan 9 cabang perniagaan internet untuk 9 niche yang menguntungkan. Antaranya adalah perniagaan produk fizikal di mana beliau mendapatkan harga kilang dari syarikat pengeluar di sebuah negara. Kemudian produk itu di jual di pasaran maya dengan harga pasaran.
Dalam banyak-banyak website beliau, yang paling mendapat income tertinggi kalau tak salah saya adalah seminar perniagaan internet. Dari sini sahaja kita telah mendapat idea bahawa seramai mana orang lama dalam perniagaan internet, masih ada orang baru yang berminat atau baru menyedari keuntungan yang boleh dijana melalui perniagaan internet.

Oleh itu jika kita sudah pandai selok-belok perniagaan internet tahap asas, sebenarnya kita sudah boleh memulakan perniagaan internet dan menjana income dengan mensasarkan para newbie sebagai target market kita. Kursus bagaimana membuat minisite perniagaan atau seminar buat duit dengan blog sangat laris di pasaran. Yang penting kita kreatif dalam menghasilkan produk atau seminar yang berkualiti.
Bagi yang telah berada di atas landasan dunia perniagaan internet, pastikan anda fokus pada satu atau dua bidang dahulu sehingga berjaya mendapat income yang stabil. Lepas tu kalau nak buka cawangan baru terpulang. Maksud saya kalau sekarang sedang mempelajari adsense atau clickbank, jangan pula nak sibuk-sibuk dengan ebay, reseller atau cpa. Ingat! Apa maksud FOCUS? Focus One Company Until Success.!!


Categories:
Tags:





Komen Terkini