“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
Hadith riwayat Abu Daud & Ahmad
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim.
Bacalah Al-Quran kerana ia akan muncul pada Hari Kiamat dan datang kepada pembacanya untuk memberi syafaat. Ini kerana Al-Quran adalah bersih dan suci. Merupakan Kalam Allah. Kalam adalah sifat Allah. Membacanya dikira ibadah.
Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)
Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT.
Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”( Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran).
Hadith Riwayat Muslim.
Ada hadith yang lain menyebut pahala membaca Al-Quran adalah pada setiap huruf. Setiap huruf itu dijanjikan 10 ganjaran pahala. Membaca Al-Quran pula tidak dihadkan cukup sekali khatam sahaja malah hendaklah berterusan dan dijadikan amalan. Bahkan ada ulama khatam Al-Quran sebulan sekali dan ada juga yang khatam dalam masa 2, 3 hari sahaja.




Categories:
Tags:





bisnes2 jugak kan bro…
agama jgn dilupe…\tapi kdg2 nk balance tu agak susah sket bille mule2 buat tu…