Cari duit vs jimat duit

jimat-duit

jimat-duit

Ramai di antara kita yang rajin mencari duit tambahan untuk diri sendiri atau bagi yang telah berkeluarga, untuk anak dan keluarga. Tidak dapat dinafikan, dalam keadaan ekonomi kita yang seperti sekarang ini, bahkan sejak ekonomi negara dalam keadaan stabil pun, fenomena mencari duit tambahan dengan kerja separuh masa (part time) memang dah jadi sebati dengan masyarakat kita.

Ada yang tak sempat pulang ke rumah melihat anak-anak dan keluarga kerana siang malam sibuk di tempat kerja, mencari duit ..maafkan saya jika ada yang terasa. Saya faham situasi sesetengah individu yang mempunyai keluarga yang besar, dengan punca pendapatan hanya dari satu sumber iaitu bapa seorang yang bekerja serta di tambah lagi tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Dalam keadaan ini, memang mencari duit tambahan adalah alternatif yang baik.

Bagaimana pula pandangan anda? Antara cari duit tambahan dan berjimat cermat dengan duit gaji anda, mana satu yang lebih baik atau menguntungkan? Untung di sini termasuklah dari segi masa, tenaga, kewangan dan kebahagian keluarga. Bagi saya berjimat adalah jalan terbaik. Tapi saya tahu, untuk melakukannya kita memerlukan komitmen satu keluarga. Kalau keluarga besar, memang susah. Namun jika kita serius untuk berjimat, kita boleh mulakan dengan langkah-langkah seperti berikut:

Catat: Catatkan semua kemasukan dan perbelanjaan wang anda sekeluarga setiap bulan. Boleh berbincang dengan pasangan untuk mengenalpasti perbelanjaan yang kecil-kecil seperti membeli gula-gula atau mancis.Perkara ini adalah yang paling sukar untuk kita lakukan, maklumlah duit yang masuk hanya beberapa kali saja, sedangkan yang keluar pula sangat banyak butir-butirnya. Tapi, ia memang mesti dilakukan.

Analisa (keperluan atau kehendak): Katakan kita berjaya melakukannya setiap bulan, renungkanlah perbelanjaan kita yang perlu dan tidak perlu. Mungkin bulan hadapan kita boleh mengawal dan jimatkan perbelanjaan yang tidak perlu itu. Lakukan beberapa perubahan kepada corak perbelanjaan kita sekeluarga.

Jimat Duit: Dalam membuat analisa, mungkin kita perasan bil-bil tertentu melambung tinggi. Jadi, kita mungkin boleh menasihati anak-anak bahkan tabiat kita sendiri untuk menutup suis lampu dan perkakas elektrik jika tidak digunakan. Begitu juga dengan penggunaan air dan sebagainya. Perkara sebegini hanya boleh menjimatkan beberapa sen sehari, tetapi jika sebulan..setahun..5 tahun..kita akan terkejut dengan kesannya.

Simpan: Dengan corak perbelanjaan kita yang baru ini, kita dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM100 hingga RM300 sebulan jika pendapatan kita sekitar RM2000 sebulan. Jika kita menyimpan RM100 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM1,000 sahaja akan menghasilkan RM308,575 pada akhir 25 tahun jika kadar pulangan adalah 15% setahun. Jika kita laburkan RM200 setiap bulan selepas pelaburan permulaan sebanyak RM1,000 selama 25 tahun dengan kadar 15% setahun akan mendapat pulangan RM584,231.

Selesaikan Hutang: Dengan pendapatan yang banyak pun jika kita tidak pandai mengurus kewangan dan sentiasa “gali lubang”, wang tambahan yang kita perolehi itu tidak akan pernah cukup. Oleh itu belajarlah menutup lubang-lubang hutang. Bermula dengan hutang kecil yang mudah dilangsaikan terlebih dahulu dan barulah hutang besar. Kita akan merasa lega dan bermotivasi jika telah berjaya melangsaikan hutang itu satu per satu.

Cari Duit: Setelah kita berjaya mengamalkan corak perbelanjaan seperti di atas, memang wajarlah jika kita berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Tindakan ini harus kita lakukan demi meningkatkan aliran wang tunai kita setiap bulan. Aliran wang tunai yang positif akan membolehkan kita hidup dengan tenang.

Kesimpulannya, samada cari duit atau jimat duit, kita perlu melakukannya dengan betul dan sesuai pada masa dan ketikanya. Cari duit boleh dilakukan seiring dengan jimat duit asalkan kita bijak menguruskan kewangan kita. Jangan hanya menjadi pengguna sahaja, jadilah pengurus juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

2 comments

  1. ibnujusup says:

    selalu gali je lubang, nak tutup tu payah benor…hihi
    pengalaman medewasakan kite bro….
    byk gagal dulu, moge 2 sekarang ini jalan rezeki yg sebenarnya…

  2. huhuh..kalu pandai manipulit duit bank agar duit kerja utk kita..

Leave a Reply