6 Rahsia menurunkan berat badan

diet

diet

Di samping mengharungi saat-saat yang sukar, menurunkan berat badan sebenarnya adalah suatu proses yang bukan dianggap misteri. Ia semudah membakar kalori lebih dari apa yang anda perolehi dalam makanan. Tetapi ianya tidaklah semudah itu.

Proses menurunkan berat badan boleh menjadi payah apabila kita mula melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang drastik seperti dengan mengamalkan diet, pil atau program kelangsingan yang pelik-pelik untuk menjanjikan keputusan yang segera.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi 6 rahsia bagaimana untuk menurunkan berat badan. Antara rahsianya adalah seperti berikut:

1.    Lakukan perubahan kecil setiap hari. Anda akan beransur-ansur (tetapi pasti) kehilangan berat badan beberapa kilogram.

2.    Lupakan semua hasrat untuk menurunkan berat badan dengan cara yang pantas dan fokuslah kepada perkiraan yang lebih rasional.

3.    Jangan duduk di dapur untuk melakukan aktiviti seperti mengira bil, membuat bajet atau perkara yang melibatkan perancangan dan membuat anda berfikir. Ini kerana jika anda stress, anda mudah mencapai apa je makanan di hadapan anda atau membuka peti sejuk untuk mencari sesuatu yang menyegarkan.

4.    Kalau anda rungsing, jangan duduk di meja makan, anda perlu keluar berjalan-jalan dan menghirup udara nyaman. Jika tidak anda mungkin akan menghabiskan kekacang atau makanan ringan yang ada di atas meja.  Berjalan di luar bukan saja akan melupakan seketika soal makan tetapi anda telah mendapat kelebihan tambahan dengan aktiviti senaman.

5.    Elakkan perkara-perkara yang membuat anda makan tanpa sedar. Apa yang boleh anda ubah dengan tabiat ini? Ada tak alternatif lain yang lebih sihat daripada mengadap makanan ringan sambil menonton tv?

6.    Jadi apakah zon bahaya pemakanan anda? Ambil masa anda untuk berfikir tentang lokasi, aktiviti atau kombinasi kedua-duanya. Kenalpasti masalah kita, ubahlah tabiat, agar perlakuan ini akan terus kita bawa sepanjang masa sampai ia mampu menjadi gaya hidup yang lebih baik.

Anda mungkin berminat dengan ebook di bawah ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

5 comments

  1. ibnujusup says:

    rahsia naikkan berat badan ade bro…:-)
    sy dah try appeton weight gain pun x leh…..
    camne nak kawin satgi…huhu
    kurus sgt..
    dah macam penagih pun ade hahha

    • Deen says:

      xpe ibnujusup, asalkan hati baik org akan suka. kalo bdn sedap or macho pun klu buruk perangai sume org lari. anyway..saya ada dgr produk herbalife agak sesuai dgn pertanyaan ibnujusup.
      xtaula, saya dgr prodik ni klu yg mkn org kurus dia jd berisi. klu org gemuk dia jd kurus sikit. bagaimana pun cuba search kat pakcik google..tq

  2. ibnujusup says:

    bagus2 boleh try ni bro…..
    tq

    • Deen says:

      ada lagi ibnujusup.kalo nak naik berat badan..
      loving what you do, doing what you love..
      fikiran tenang, hati senang, dada lapang, badan akan jadi sihat.
      tak lama naikla berat badan (tp x gemukla kot)..

  3. Info yang menarik untuk di ketahui… Memang penting penjagaan diet bagi wanita agar sentiasa yakin pada diri dan untuk kesihatan… :0

Leave a Reply