
urus-wang-anda
Berapa ramai di antara kita yang tahu secara jujur jumlah perbelanjaan kita setiap bulan? Berapa ramai yang mampu menyediakan sejumlah wang setiap bulan untuk diri sendiri?
Mungkin ada antara kita yang telah amalkan teknik yang bakal saya terangkan ini. Namun tidak mustahil jika ada yang belum pernah atau tidak ada kemampuan langsung untuk menggunakan teknik ini sepanjang hidupnya.
Teknik ini adalah satu formula yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup. Sebenarnya ia tidaklah begitu sukar untuk mengamalkannya, hanya memerlukan disiplin dan kesungguhan untuk mencapai kebebasan kewangan dalam waktu yang dirancangkan.
Adalah menjadi sesuatu yang dianjurkan jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman-teman rapat anda. Bagi yang baru bekerja dan belum mempunyai komitmen yang banyak, teknik ini mampu buat kita jadi jutawan, menyelamatkan kita dari terjebak dengan hutang yang tidak sepatutnya kita lakukan dan kita boleh bersara awal.
Apa dia Teknik 70-30 dan kaitannya dengan Duit Gaji Anda?
Teknik ini membahagikan duit gaji atau pendapatan kita kepada 2 bahagian. 70% untuk perbelanjaan seharian kita selama sebulan. Ini termasuklah untuk bayaran rumah, kereta, shopping, barang dapur, makan minum dan sara hidup. Jika tidak cukup kita perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu sehingga ianya mencukupi 70% daripada duit gaji kita.
Sebagai contoh jika gaji kita adalah RM2000 sebulan, kita hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Manakala baki 30% lagi (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan.
• 10% pertama (RM200) kita gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan mendermakannya ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan.
• 10% kedua (RM200) kita gunakan untuk bisnes dan pelaburan. Tidak kira apa juga bisnes dan pelaburan yang ingin kita ceburi, kita perlukan modal untuk permulaan. Sebagai contoh pergi kursus, beli buku dan menghadiri seminar/program adalah satu bentuk pelaburan yang boleh kita jadikan modal atau persediaan untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti akan menemui sesuatu yang menguntungkan.
• 10% terakhir (RM200) kita simpan untuk masa depan kita. Ini adalah kunci kepada kejayaan kita kerana ianya bakal meledakkan akaun bank kita dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
- RM175,000 (selama 20 tahun)
- RM525,000 (selama 30 tahun)
- RM1.4Juta (selama 40 tahun) – Kita sudah jadi jutawan
Teknik 70-30 ini sungguh hebat dan berkesan jika kita mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji kita sebulan, kita mesti gunakan teknik di atas untuk masa depan kita. Kalau gaji kita RM1000, simpan RM100(10%) setiap bulan.
Namun kita ni manusia yang selalunya kurang beringat. Suka berbelanja melebihi kemampuan. Sebab itu sukar untuk mengamalkan teknik ini. Walaupun kita tahu teknik ini memang hebat. Dan kerana itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.
Jika kita mahu mencapai kebebasan kewangan, sama-samalah kita mengamalkan Teknik Formula 70-30 mulai hari ini.


Categories:
Tags:





tapi yg paling bes involve ngan ilmu internet…
tu pelaburan plg menguntungkan..
knowledge first,then u can conquer the world…
betul tu..
knowledge is the first…
knowledge tu asset tau..harganya tak ternilai
tapi duit kena urus bro!
byk bezanya antara guna duit dgn urus duit..