
panduan mendidik anak
1. Berikan nama yang elok-elok dan panggillah anak kita dengan panggilan nama yang baik. Kalau kita panggil dengan nama yang kurang manis, anak kita mungkin akan merasa malu dan rendah diri. Ini tidak baik untuk mereka bagi jangkamasa panjang.
2. Berikan pelukan dan belaian yang sesuai pada anak kita setiap hari. Pakar mengatakan jika anak kita sering mendapat pelukan setiap hari, mereka akan mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang jarang dipeluk.
3. Tegur dengan baik jika anak-anak kita melakukan kesalahan. Jangan menengking-nengking dan menunjukkan rasa amarah yang keterlaluan. Apa yang penting adalah ketegasan. Jika kita tidak suka apa yang mereka lakukan, katakan kita tidak suka dan begitulah jika mereka lakukannya pada lain masa.
4. Jangan terlalu mengharapkan anak kita melakukan perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Dalam proses perkembangan mereka, mereka ingin ambil tahu dan mencuba sesuatu perkara termasuklah membuat kesilapan
5. Berikan peneguhan seperti pujian, hadiah, senyuman atau tunjuk rasa penghargaan kepada anak kita setiap kali mereka membuat sesuatu kebaikan. Kita sering marah jika mereka bersalah tetapi lupa untuk memberi pujian jika mereka melakukan perkara yang kita suka.
6. Dengarlah cerita anak kita, walaupun kadang-kadang cerita itu tidaklah hebat mana tetapi bagi mereka mungkin itulah antara perkara hebat yang pernah mereka alami. Ajar mereka untuk bergilir ketika bercakap. Ada yang bercerita dan ada yang mendengar dan begitulah seterusnya. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran semasa bercakap.
7. Ingat, mungkin anak kita akan mula menerima sesuatu pengajaran setelah beberapa kali kira mengajar atau menasihati mereka. Bukan pada kali pertama kita memberitahu mereka. Jadi, ambillah masa lebih dari sekali untuk mengulangi pengajaran kita sebelum mereka menurut kata kita.
8. Latihlah diri kita dan keluarga dengan sekurang-kurangnya sedikit peraturan serta undang-undang dalam rumah. Contohnya jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Tetapkan masa yang jelas untuk setiap aktiviti misalnya ada masa menonton, ada masa belajar atau membaca dan ada masa bermain. Rumah yang tiada peraturan akan porak-peranda.
9. Meskipun bising, dengarkanlah tangisan mereka selagi anda masih ada harapan. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka lagi pun itulah yang menjadi penyeri rumah kita. Jika tidak, anda pasti akan terasa sunyi 25 tahun akan datang kerana pada ketika itu anak-anak kita pula akan sibuk mendengar tangisan anak-anak mereka.


Categories:
Tags:





syabas tuan ‘presiden’
u mmg layak di tempat u skrg
terima kasih tuan…tuan pun hebat juga…kita sentiasa dalam proses belajar kan!