Jangkitan Influenza A (H1N1)

virus-influenza

virus-influenza

Wabak H1N1 mula dikesan pada bulan April tahun ini di US. Masyarakat dikejutkan dengan angka kematian yang mendadak terutama di kalangan kanak-kanak dan wanita.

Di Maxico, kerajaan mengarahkan supaya semua sekolah dan pusat membeli-belah ditutup untuk menghadapi epidemik ini. Mesir pula mengarahkan supaya semua babi dihapuskan.

Pada bulan Jun lepas WHO telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga kerana virus H1N1 telah mula merebak ke seluruh dunia dengan begitu pantas.

Gejala jangkitan Influenza A (H1N1)
Lebih kurang sama dengan gelaja selsema biasa iaitu:
•    Demam
•    Bersin
•    Batuk
•    hidung berair
•    menggigil
•    sakit sendi

Bagaimana virus H1N1 merebak?
•    Virus Influenza A (H1N1) berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair
•    Titisan cecair ini keluar dari mulut semasa bercakap, batuk atau bersin
•    Oleh individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema
•    Jangkitan ini berlaku terutama kepada golongan yang berisiko tinggi

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
•    Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
•    Individu berusia 65 tahun dan ke atas
•    Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
•    Wanita mengandung
•    Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
•    Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah
•    Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply