Tak Payah Bina Website

pakej-perniagaan

pakej-perniagaan

Mungkin ada yang bertanya, tak payah bina website tu, maksudnya tak perlu buat website ke, atau tak sukar untuk menghasilkan website? Sebenarnya kedua-dua jawapan di atas mungkin ada benarnya. Daripada survey yang saya lakukan baru-baru ini, saya dapati masih ramai di kalangan pengguna internet tidak tahu bagaimana membina website, buat grafik, sistem autoresponder, blog dan perkara-perkara remeh yang berkaitan. Ini termasuk rakan-rakan di sekeliling saya yang kadang-kadang sudah memiliki perniagaan sendiri. Dalam hati saya terdetik, “kalaulah mereka meluaskan pasaran mereka dengan menggunakan aplikasi internet, mungkin perniagaan mereka akan berkembang pesat”.

Namun hakikatnya, semua itu juga bergantung kepada usaha, promosi, pengorbanan, kesungguhan dan berbagai aspek lagi. Jika mereka telah benar-benar maju dan merasa selesa dengan perniagaan secara konversional, mereka mungkin tak payah membina website kerana tidak perlu pening kepala untuk mengendalikan operasinya yang tidaklah begitu mudah juga.

Tapi anda mungkin sedang tercari-cari model perniagaan yang mampu menjana wang sampingan yang berterusan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, berhasrat memasarkan produk-produk kepada lebih 15 juta pengguna internet di Malaysia, ingin menambah pendapatan secara part-time dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ketika ini atau mungkin anda berasa ghairah untuk menyaingi usahawan-usahawan internet yang lain yang mampu meraih ribuan ringgit setiap bulan hanya dengan menjalankan perniagaan internet di rumah sahaja.

Ketahuilah bahawa sebenarnya kaedah Home Based Business kini sudah menular dengan pesatnya di Negara kita. Sekarang dah ramai yang buat perniagaan sendiri di internet dengan menjual pelbagai jenis produk kerana internet adalah medium pemasaran yang paling berkesan dewasa ini. Bayangkanlah, sekali anda klik untuk promosi, seluruh dunia boleh berkunjung ke website anda.

Ada orang bertanya, bagaimana hendak memulakan perniagaan internet? Sebenarnya soalan ini terlalu sering diajukan kepada saya. Pada awalnya saya juga seperti anda, dan saya yakin soalan ini akan terus ditanyakan oleh mereka yang kemudian daripada kita. Bagi saya, sebelum berkecimpung dalam sesuatu bidang, kita perlu memahami dan menguasai asasnya dalulu. Jika ingin menjadi usahawan siber dan internet, saya lihat kita wajib tahu membina website serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya walaupun anda belum mempunyai produk. Bila dah tahu membina website, akan ada banyak idea atau model untuk anda buat duit di internet nanti. Tapi kalau dah ada produk, biarlah ia berjalan seiring, sambil anda belajar, sambil anda lakukan secara praktikal.

Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran website dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina website dan mencari ilmu berkenaan dengannya.
Anda boleh gunakan website jualan ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload, menerima bayaran online dan sebagainya.

Seperti yang saya katakana tadi, tidak semestinya perlu ada produk barulah belajar membina website, tetapi anda belajarlah membina website sendiri mulai dari sekarang, kerana ianya akan menyenangkan anda pada masa akan datang. Dapatkan Pakej Lengkap Perniagaan Internet sekarang. Sila klik di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

1 comment

  1. ibnujusup says:

    info yg menarik bro…
    teruskanmenulis…
    akan slalu singgah ke sini…:-)

Leave a Reply