Tak Tau Nak Buat Apa, Ciptalah Kemahiran..

ciptakemahiran

ciptakemahiran

Sering kita dengar rakan-rakan kita atau orang di sekeliling kita cakap mereka tak tau nak buat apa. Perkataan yang selalu kita dengar..Aku boringlah!! Boring betul, tak tau nak buat apa!!

Memang ada banyak sebab kenapa orang boleh jadi boring. Antaranya, boring sebab asyik kena marah bos, boring kerana tak dapat selesaikan masalah, boring akibat terpaksa buat kerja yang kita tak suka dan seribu satu alasan lagi yang boleh buat orang rasa boring.

Tapi kalau boring sebab takde kerja nak buat, atau tak tau nak buat apa, rasanya tak logik. Sebabnya, di atas muka bumi ni ada bermacam-macam benda yang boleh kita lakukan.

Sebenarnya kita boleh pergi sejauh manapun yang kita suka. Kita juga boleh menyelam ke dasar lautan sedalam mana yang kita mampu. Tidak mustahil juga untuk kita terbang setinggi mana yang kita kehendaki. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita boleh pilih untuk pergi ke kanan atau ke kiri, ke depan atau ke belakang atau ke mana pun. Namun, semua ini mestilah ada caranya. Ia perlu didasari oleh kehendak diri untuk berusaha, sedia untuk menambah ilmu di dada, mencipta kegemilangan, berpengetahuan dan berkemahiran.

Maksud saya, kita tidak seharusnya menghalang diri kita untuk menjadi kaya. Kita tidak patut menyekat potensi kita untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Kita ada hak untuk menentukan perjalanan hidup kita. Yang paling saya khuatiri adalah, jangan sampai kita tidak dapat merasai nikmat hidup yang sebenar. Kata orang, hidup hanya sekali. Sungguh rugi jika kita tidak cuba untuk mencipta kegemilangan, melakar sejarah atau mencari kepuasan peribadi. Kan kita pernah dengar pakar-pakar motivasi kata, kita ni dilahirkan untuk menjadi kaya atau kita dilahirkan untuk menjadi juara. Oleh itu, gunakanlah segala potensi yang ada pada kita untuk ke arah itu. Insya Allah, perkataan “Boring, tak tau nak buat apa..” akan terhapus dari kamus hidup kita.

Sebagai manusia biasa, kadangkala saya terfikir, di kalangan kita sekurang-kurangnya mesti ada pekerjaan, ada keluarga dan sedikit harapan untuk membina masa depan. Jadi setidak-tidaknya kita perlu ada kemahiran asas untuk menjalin hubungan suami isteri, menghadapi karenah anak-anak, menjaga kesihatan, menguruskan kewangan dan mencari idea serta peluang-peluang untuk menambah ekonomi keluarga.

Anak-anak muda pula seharusnya merintis bidang-bidang baru dan berani menceburi kemahiran yang boleh menambahnilai diri mereka dalam aspek yang lebih global sejajar dengan misi nasional. “Orang yang berilmu adalah orang yang tinggi darjatnya di sisi Tuhannya.” Ilmu itu perlu dicari dan bukan ilmu yang datang mencari. Aspek kemahiran, jika bijak diolah menerusi daya kreativiti, hasilnya cukup lumayan. Pepatah ada mengatakan, kalau ada usaha di situ pastinya ada jalan. Atas sebab itulah blog ini dibangunkan.

Saya berharap agar rakan-rakan dan kenalan di luar sana dapat berkongsi cerita atau mencurahkan idea serta pandangan bernas untuk saya memajukan laman ini di masa akan datang. Anda boleh menghubungi saya di ruangan “hubungi saya”. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply